Penerbitan W (drama web)

W: Two Worlds diumumkan sebagai salah satu daripada 5 siri Viu Originals untuk tayangan bagi tahun 2023 dalam satu sidang media pada 1 Disember 2022.[7] Ia diadaptasi dari siri drama Korea Selatan 2016 bertajuk sama yang disiarkan di MBC dan dibintangi oleh Lee Jong-suk dan Han Hyo-joo.[8] Ia diarahkan oleh Yusry Abd Halim yang sebelum ini mengarahkan Ganjil dan She Was Pretty yang kedua-duanya disiarkan di Viu. Malaysia merupakan negara ketiga yang menerbitkan adaptasi drama ini selepas Thailand dan China.

Hun Haqeem memegang watak sebagai Aliff, watak utama dalam webtoon W. Untuk mempersiapkan dirinya bagi wataknya, beliau menurunkan berat badan atas permintaan kru penerbitan.[9] Hun turut mengakui amat selesa bekerjasama dengan Daiyan sepanjang penggambaran drama ini. W: Two Worlds ialah drama Viu Originals kedua lakonannya selepas Nenek Bongkok Tiga.[10]

Daiyan Trisha memegang watak sebagai Izara, seorang doktor dan anak pelukis komik. Untuk menjayakan wataknya ini, beliau merujuk kepada watak Oh Yeon-joo lakonan Han Hyo-joo dalam versi asal Korea drama ini. Beliau berkata mengenai wataknya: "Watak saya ialah sebagai Dr. Izara Omar, yang juga anak kepada pelukis komik. Dia terpalit sekali dalam dunia W itu, yang mana dunia komik. Jadi, berlakulah pelbagai kisah percintaan dan pergaduhan antara dua dunia [...] sebagai pelakon karya adaptasi, saya nak sajikan sesuatu yang mereka 'kenal', dan pada masa sama, saya suntikkan juga dengan idea sendiri untuk disesuaikan dengan Malaysia,".[5] Beliau turut mengakui amat sukar buatnya untuk memegang watak doktor dan turut merujuk kepada kakak sulungnya yang bekerja sebagai doktor.[11] Ini merupakan drama Viu Originals pertama yang dibintangi oleh Daiyan.[5]

Rujukan

WikiPedia: W (drama web) https://www.myinfotaip.com/2023/08/w-two-worlds.ht... https://iamlejen.com/dibintangi-hun-haqeem-dan-dai... https://www.thesundaily.my/style-life/w-two-worlds... https://www.iloveborneo.my/peminat-teruja-hun-haqe... https://www.hmetro.com.my/utama/2023/09/1011756/me... https://www.hmetro.com.my/rap/2023/06/982375/hun-h... https://www.hmetro.com.my/rap/2023/06/981630/daiya... https://www.getaran.my/artikel/filem-tv/36253/viu-... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2022/11... https://gempak.com/berita-terkini/berjaya-turun-10...